- Buku ini seharusnya dimiliki oleh semua guru sejarah terutama guru yang mengajar di tingkatan 1. pelajar tingkatan 1 harus didedahkan dengan minat mempelajari dan mengetahui sejarah negara dengan menunjukkan bukti yang konkrit tidak terhad pada buku teks sahaja.
- Setiap negara pasti berbangga dengan warisan sejarah dan kebudayaan mereka. Buku ini merupakan satu usaha membuktikan data tentang ketamadunan Malaysia yang telah bermula hampir 300000 tahun dahulu.
- memang benar kita tidak ada monumen yang hebat seperti piramid giza di Mesir,Tembok China,Borubodur di Indonesia tetapi kita mempunyai bukti tinggalan monumen di lembah Bujang, kedah.
- Bukti yang ditunjukkan dalam buku ini didapati melalui kaedah arkeologi.
Maju mundur sesuatu bangsa pada hari ini bergantung kepada apa yang diusaha dan dilakukan oleh generasi bangsa dan rakyat pada masa lalu.Maju mundur sesuattu negara dan bangsa pada masa hadapan bergantung apa yang diusaha pada masa kini. " Sejarah perlu difahami dan dihayati,bukan dihafal kerana mempelajari sejarah bangsa dan negara adalah teras pembentukkan jati diri dan asas semangat cintakan negara'
No comments:
Post a Comment