Lonjakan minda sejarah
View more documents from impianhati.
Maju mundur sesuatu bangsa pada hari ini bergantung kepada apa yang diusaha dan dilakukan oleh generasi bangsa dan rakyat pada masa lalu.Maju mundur sesuattu negara dan bangsa pada masa hadapan bergantung apa yang diusaha pada masa kini. " Sejarah perlu difahami dan dihayati,bukan dihafal kerana mempelajari sejarah bangsa dan negara adalah teras pembentukkan jati diri dan asas semangat cintakan negara'



Inilah satu-satunya batu nesan kesultanan Melayu Melaka yang masih dapat dilihat oleh generasi hari ini. Batu nesan Sultan Mansur Shah. Sultan Mansur Syah terkenal kerana pada zaman pemerintahannya Melaka sebuah kerajaan yang kuat dan terkenal seluruh dunia dengan pelabuhan perdagangan antarabangsa. Apabila Portugis berjaya mengalahkan Melaka pada tahun 1511,semua masjid,istana dan makam sultan telah dimusnahkan untuk membina Kota A Farmosa. Dalam kemusnahan tersebut batu nesan ini terselamat kerana tertimbus dalam tanah.Batu nesan ini ada di bawah jagaan Muzium Negara.