Wednesday, June 29, 2011

Sunday, June 19, 2011

Tumpuan Topik SPM 2011[Tingkatan 5]

Cadangan Topik Untuk Pelajar Sederhana


Persediaan awal
1. Kuasai semua yang terdapat dalam Bab 1, Bab 4, Bab 5 dan Bab 9
2. Bab 1: Ciri-ciri Sistem Birokrasi Barat
Perkembangan Tahap 1 dan Tahap 2[terutama Thailand]
3. Bab 4: Malayan Union
Persekutuan Tanah Melayu 1948
4. Bab 5: Pakatan Murni
Persekutuan tanah Melayu 1957
5. Bab 9: Perang Dunia 1, Perang Dunia 2 dan Perang Dingin

Siapa Chin Peng



Chin Peng (lahir 21 Oktober 1924) ialah nama samaran Ong Boon Hwa, ketua Parti Komunis Malaya. Beliau bukannya berasal dari China sebagaimana sangkaan ramai. Chin Peng dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal, di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan yang terletaknya 50 kilometer dari barat daya bandar Ipoh, Perak. Beliau merupakan anak kedua daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China dan kecewa akibat kemelesetan ekonomi 1930.Beliau bukannya berasal dari China sebagaimana sangkaan ramai. Ching Peng adalah ketua Komunis Malaya yang ganas yang telah me 'massacre '(pembunuhan beramai ramai ) keluarga anggota keselamatan Melayu Islam di Bukit Kepong. Dalam peristiwa itu 23 Feb 1950 , semasa Ching Peng menjadi Ketua Pengganas Parti Komunis Malaya , 180 pengganas komunis atau 'bandit'lengkap dengan senjata outomatik telah mengepung , membunuh dan membakar keluarga anggota keselamatan melayu yang bertahan di Bukit Kepong.

Batu Nesan Sultan Mansur Syah

Inilah satu-satunya batu nesan kesultanan Melayu Melaka yang masih dapat dilihat oleh generasi hari ini. Batu nesan Sultan Mansur Shah. Sultan Mansur Syah terkenal kerana pada zaman pemerintahannya Melaka sebuah kerajaan yang kuat dan terkenal seluruh dunia dengan pelabuhan perdagangan antarabangsa. Apabila Portugis berjaya mengalahkan Melaka pada tahun 1511,semua masjid,istana dan makam sultan telah dimusnahkan untuk membina Kota A Farmosa. Dalam kemusnahan tersebut batu nesan ini terselamat kerana tertimbus dalam tanah.Batu nesan ini ada di bawah jagaan Muzium Negara.